
Pada tahun 2012, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu dokumen untuk menilai keberkesanan dan keselamatan penggunaan suntikan Vitamin C bagi tujuan kosmetik.
Rumusan dari penilaian tersebut ialah TIADA BUKTI KUKUH suntikan Vitamin C samaada secara sendiri, atau diambil bersama glutathione dan kolagen dapat memberi kesan anti penuaan, anti kedutan dan memutihkan kulit.
Selain itu, pihak NPRA juga tidak membenarkan sebarang suntikan Vitamin C digunakan untuk tujuan kosmetik seperti menegangkan dan memutihkan kulit.
Boleh rujuk dokumen tersebut melalui pautan ini:
Oleh itu, jangan terpedaya dengan iklan-iklan seperti ini kerana:-
1. Ia salah dari sudut undang-undang
2. Hanya doktor yang berkelayakan boleh melakukan administrasi ubat melalui saluran darah
3. Membahayakan nyawa
4. Keberkesanan diragui
2. Hanya doktor yang berkelayakan boleh melakukan administrasi ubat melalui saluran darah
3. Membahayakan nyawa
4. Keberkesanan diragui
Fahmi Hassan
Ahli Farmasi
Ahli Farmasi