Saya mendapat banyak pertanyaan mengenai prodok Redoxon Kids Vita Immune (Gummies) keluaran syarikat Bayer yang mengandungi gelatin dari khinzir. Sebenarnya gambar ini pernah tular sebelum ini.

Mengikut carian, produk ini TIDAK TERDAPAT di pasaran Malaysia. Hasil carian di laman web NPRA menunjukkan terdapat hanya 6 varian produk Redoxon yang berdaftar di Malaysia seperti berikut:

1. Redoxon Double Action Vitamin C + Zinc Effervescent (MAL20020730X)
2. Redoxon Double Action Blackcurrant Effervescent Tablet (MAL07101370X)
3. Redoxon Double Action Vitamin C & Zinc Chewable Tablets (MAL07101371XS)
4. Redoxon Vita Guard ACE+ Effervescent Tablet (MAL09020976X)
5. Redoxon Double Action Kids Chewable Tablet (MAL09122804X)
6. CDR Calcium-D-Redoxon Effervescent Tablet (MAL10110047X)

Disyaki produk berkenaan adalah untuk pasaran di Singapura. Ini dikuatkan lagi dengan pernyataan di laman web rasmi Redoxon Singapura.

Soalan: “Is it Halal certified?”
Jawapan: “No. The products are not halal certified but all products (except the Kids Gummies) does not contains pork. The Kids Gummies contains gelatin made from porcine source.”

Oleh itu, gambar produk yang ditularkan besar kemungkinan bukan produk yang dijual di Malaysia.

=======================================
Pertambahan maklumat:

Syarikat Bayer telah memasarkan produk Redoxon Triple Action Kids Gummies pada bulan Ogos 2016. Produk tersebut dihasilkan dari gelatin lembu.

p/s: Ini bukan bermaksud produk ini Halal. Perkongsian ini cuma ingin membetulkan informasi berkaitan sumber gelatin. Keharusan penggunaan gelatin dari sumber haiwan memerlukan perbincangan dan kupasan yang lebih teliti dari sudut sains dan agama.