Selalunya, bila kita guna ubat titis mata, rasa ubat itu boleh dirasai di tekak. Kenapa ya?

Ini kerana titisan itu akan mengalir bersama air mata hingga ke hidung. Bila ia ditelan, ia akan pergi ke tekak sehingga menyebabkan rasa pahitnya terasa.

Tapi walau pahit bagaimana pun ubat itu, pahit lagi rasa hati bila cinta ditolak.

Jadi bagaimana untuk mengelakkan ia berlaku? Mudah sahaja.

Setelah ubat dititiskan, tutup kelopak mata. Tekan kawasan di antara hujung mata dan hidung dengan lembut selama lebih kurang 1-2 minit. (Rujuk gambar).

Ini akan mengelakkan titisan ubat itu dibawa ke saluran yang membawanya ke tekak. Ubat juga akan kekal lebih lama di mata dan kadar serapan ubat akan menjadi lebih baik.