“That’s all uncle. Do you have any other questions?”

Lelaki berbangsa Punjabi berusia 72 tahun itu tersenyum. Saya baru sahaja mendispen ubat-ubatan kepada beliau.

Isterinya yang berada di sebelah tunduk sahaja. Tangannya kelihatan mencuit-cuit suaminya. Seolah-olah ingin mengajak suaminya beredar.

Lelaki tersebut masih memandang saya. Riak wajahnya menunjukkan masih ada sesuatu yang dipendam. Entah apa lah kekusutan yang dia simpan.

“It’s ok uncle, if you have any other concerns, just ask me. I’ll try my best to help you”.

Mulutnya mula bergerak-gerak. Saya menunggu.

“Can you tell me about Viagra? Is it safe for me?”

Saya menahan senyum. Lelaki itu pun menahan senyum. Isterinya memandang ke bawah dengan muka merah dan menahan senyuman juga.

Patutlah berat untuk soalan diajukan. Masalah suami-isteri rupanya. Saya pun memberikan nasihat berkaitan ubat tersebut dan meminta beliau berjumpa dengan doktor sebelum mengambil ubat tersebut.

Bagi saya itu adalah perkara normal. Bantuan perubatan dalam mendapatkan hubungan suami-isteri kadangkala diperlukan. Lebih-lebih lagi apabila telah berusia. Apa yang penting adalah mendapatkan rawatan dan nasihat dari sumber yang betul.

Bukan macam kau. Umur baru 30 dah mula cari ubat bukan-bukan. Beli pula dari internet, pasar malam. Percaya je la buta-buta. Tak ada penyakit, saja cari penyakit.

(Cerita 8 tahun lepas)