Musim menunaikan haji ini, terdapat banyak persoalan berkaitan ubat-ubatan. Bagi ubat-ubatan biasa, sebenarnya mudah saja caranya.

1. Bawa preskripsi atau salinan preskripsi.

2. Pastikan ubat dibawa cukup untuk sepanjang tempoh di Tanah Suci. Jangan bawa terlalu banyak stok ubat.

3. Simpan ubat-ubatan di dalam pek asal. Jangan keluarkan dari pek blister.

4. Pastikan label ubat jelas dan boleh dibaca.

5. Bawa ubat di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.

Bagaimana pula dengan insulin?

Secara amnya, insulin yang disimpan di suhu bilik akan tahan selama 30 hari. Sekiranya tempoh menunaikan ibadah kurang dari 30 hari, anda hanya perlu bawa stok insulin yang mencukupi bersama-sama ubat-ubatan lain.

Namun begitu, sekiranya tempoh di Tanah Suci melebihi 30 hari, beberapa langkah tambahan perlu diambil.

1. Cari ‘cold box’ atau bekas penyejuk dengan saiz bersesuaian.

2. Dapatkan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ pada hari penerbangan atau sehampir mungkin dengan hari penerbangan.

3. Bawa bersama ‘cold box’ yang telah diisi dengan insulin dan ‘dry ice’ atau ‘ice pack’ di dalam ‘hand luggage’ yang dibawa bersama ke dalam pesawat.

4. Apabila tiba di hotel, keluarkan insulin dan simpan di dalam peti sejuk.

5. Dapatkan bantuan pegawai farmasi bertugas sekiranya tiada peti sejuk di hotel atau mengalami masalah lain.

6. Gunakan ‘cold box’ yang diisi dengan ‘ice pack’ sekiranya perlu membawa stok insulin untuk perjalanan jauh.

Diharapkan sedikit panduan ini dapat membantu jemaah yang bakal menunaikan haji. Semoga dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta memperoleh haji yang mabrur.

Fahmi Hassan

Pharmacist

www.fahmihassan.net