Ramai yang gusar dengan tajuk berita ini. Ya, jika baca sekali lalu, seolah-olah ia menunjukkan yang vaksin tersebut boleh mengakibatkan kematian. Tetapi apa cerita sebenarnya?

Berita ini hangat rentetan laporan 53 muka surat yang dikeluarkan oleh US FDA mengenai keberkesanan dan keselamatan vaksin keluaran Pfizer. Benar, terdapat 6 kematian dalam kalangan sampel ujikaji fasa 3 vaksin tersebut.

Sebanyak 38,000 sampel terlibat dalam ujian tersebut. 19,000 menerima vaksin, dan 19,000 lagi menerima placebo. 2 kematian berlaku dalam kalangan penerima vaksin, manakala 4 lagi dalam kalangan penerima placebo. Ada yang tak tahu apa makaud placebo?

Placebo adalah bahan tanpa kesan terapeutik yang diberikan kepada satu kumpulan dalam ujikaji. Ia mungkin hanyalah air. Maksudnya, 4 kematian dalam kumpulan placebo langsung tidak boleh dikaitkan dengan vaksin yang diuji.

2 kematian dalam penerima vaksin pula disebabkan oleh:- 1. Serangan jantung 62 hari selepas suntikan 2. Arteriosclerosis (salur darah tersumbat) 3 hari selepas suntikan. Kedua-dua mangsa ini berumur lebih dari 55 tahun.

Serangan jantung dan saluran darah tersumbat merupakan komplikasi kesihatan yang sering berlaku dengan risiko semakin tinggi mengikut umur. Setelah dianalisa, kadar kematian ini didapati sama dengan kadar kematian di dalam populasi normal. Jadi, ia bukanlah disebabkan vaksin.

Dalam menilai kesan sampingan vaksin, ada dua terma yang sering digunakan iaitu causal dan temporal relationship. Causal = kesan yang berkaitan vaksin Temporal = kesan secara kebetulan dan tidak disebabkan vaksin

Dalam kes ini, 2 kematian tersebut hanyalah boleh dikatakan sebagai mempunyai temporal relationship dengan vaksin. 2/19000 = 0.01% kematian dalam sampel dan tidak diaebabkan oleh vaksin. Sebab itu ia dikatakan selamat untuk digunakan.

Antra kesan sampingan yang direkodkan adalah:-

  • Sakit di tempat suntikan
  • Letih Sakit kepala
  • Sakit otot
  • Rasa sejuk menggigil
  • Sakit sendi
  • Demam

Majoriti mengalami kesan sampingan ringan sahaja.

Oleh itu, jangan risau tentang keselamatan vaksin ini. Lebih-lebih lagi apabila ia telah dinilai oleh Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri untuk digunakan di negara ini.