Saya akan kongsikan cerita sebenar tulisan individu-individu yang pernah tertipu dengan dakyah antivaksin dan akhirnya mereka sedar.

Baca dan nilai sendiri.

———————-

Dulu masa anak saya di form 1, nurse datang sekolah nak vaksin HPV, cikgu hasut kata vaksin untuk orang yang social, korang yang tak buat benda yang bukan² takyah la amik vaksin tu… So anak saya pun buang kertas tu tak bawak balik rumah 🤦‍♀

———————-

Lihat bagaimana seorang guru yang seharusnya menjaga kesihatan murid, memberi nasihat yang merugikan murid tersebut.

Dulu saya pernah tulis tentang bahayanya guru antivaksin. Sampai 18 aduan copy paste saya terima melalui SisPAA. Alhamdulillah aduan itu tidak berasas pun.

Saya juga pernah tulis penjelasan berkaitan vaksin HPV dalam mencegah kanser pangkal rahim. Boleh baca di sini.

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10210947929716375&id=1297458864

Anda rasa antivaksin duduk diam je di FB ni? Anda salah. Mereka galak menyebar maklumat palsu berkaitan vaksin. Di sekolah pun ada guru yang menyebar maklumat palsu berkaitan vaksinasi.

Pada pandangan saya, Facebook wajar mengekang aktiviti mereka ini. Jika anda setuju dengan saya, undi di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214850298513156&id=1297458864

Dr Amirul Amzar