Saya akan kongsikan cerita sebenar tulisan individu-individu yang pernah tertipu dengan dakyah antivaksin dan akhirnya mereka sedar.

Baca dan nilai sendiri.

———————-

Assalam Dr.,

Saya pernah hampir2 kononnya menjadi anti vaksin. Dah lama dah, sebelum gavaks ni kecoh macam sekarang, sekitar 2014-2015 (eh, ke time tu dah famous dah gavaks??). Ok takpelah. Tapi waktu tu saya belum berkahwin dan ada anak. Tapi saya dah berazam, nanti kalau ada anak, saya TAK NAK vaksinkan anak saya, sebab percaya pada dakyah2 antivaksin la. Baca buku jerry d.gray kepunyaan kakak saya. Dan kakak saya yang melahirkan anak keduanya pada tahun 2014 juga tidak menghabiskan jadual imunisasi anaknya. Anak pertamanya divaksin sepenuhnya, waktu tu belum tau lagi tentang antivaksin.

Tapi semuanya jadi sebaliknya bermula tahun 2016. Saya ingin berkahwin dengan seorang lelaki yang menghidap chronic Hepatitis B. Kemungkinan dia mendapat virus tersebut daripada vertical transmission (arwah ibunya menghidap liver cancer). Jadi bermula dari situ, saya mencari dan juga ada consult dengan doktor klinik swasta bagaimana untuk mengelakkan jangkitan kepada saya dan keluarga. Vaksin adalah satu2nya cara. Jadi berakhirlah episod saya menjadi antivaksin. Kakak saya pun dah completekan vaksin anaknya. Hehehehe.

Keadaannya amat berbeza apabila kite perlu berhadapan dengan risiko yang perlu ditanggung dengan sekadar khabar angin. Apabila hidup kita sendiri yang berada di antara garisan, mesti kita akan pilih pilihan yang lebih baik dan terbukti terjamin kan.

Sekian cerita saya terpengaruh dengan dakyah antivaksin.

———————————

Anda rasa antivaksin duduk diam je di FB ni? Anda salah. Mereka galak menyebar maklumat palsu berkaitan vaksin. Dalam seminar pun mereka sebar maklumat palsu.

Pada pandangan saya, Facebook wajar mengekang aktiviti mereka ini. Jika anda setuju dengan saya, undi di sini:

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10214850298513156&id=1297458864

Dr Amirul Amzar

https://www.facebook.com/DrAmirulAmzar