Return to site

Proses Panggil Balik Produk

Kepentingan Menggunakan Ubat Berdaftar

Proses panggil balik produk merupakan salah satu sistem untuk memastikan produk yang bermasalah tidak digunakan dan diedarkan di pasaran. Proses ini hanya boleh dilakukan dengan baik sekiranya produk tersebut berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Kualiti ubat yang didaftarkan bukan sahaja dipantau semasa proses pendaftaran malah secara berterusan walaupun ia telah lama terdapat di pasaran.

Apakah yang dimaksudkan dengan proses panggil balik produk (Product recall)?

Panggil balik produk adalah proses di mana pengilang, pengimport dan pemborong sesuatu produk menarik semula produk mereka yang terdapat di pasaran dari terus diedarkan. Ia disebabkan oleh masalah kualiti produk atau penemuan masalah yang serius yang boleh membahayakan pengguna.

Keputusan memanggil boleh produk boleh diputuskan oleh pengilang atau pengedar secara sukarela ataupun dengan arahan dari pihak berwajib di Malaysia.

Kategori atau tahap panggil balik produk

Kategori panggil balik produk boleh diklasifikasikan kepada tiga bergantung kepada keseriusan masalah kualiti atau kesan sampingan yang ditemui:-

  • Degree I – Produk yang boleh mendatangkan risiko kecederaan serius atau kematian. Ia perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 24 jam.
  • Degree II – Produk yang mendatangkan risiko kecil atau produk yang tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan. Ia perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 72 jam.
  • Degree III – Produk dengan masalah-masalah lain. Ia perlu ditarik balik dari pasaran dalam tempoh 30 hari.

Tahap panggil balik produk pula boleh dibahagikan kepada tiga bergantung kepada punca masalah, keluasan produk dalam pasaran dan juga risiko bahaya:-

  • Level A – Ditarik balik dari semua pengguna.
  • Level B – Ditarik balik dari semua tempat yang membekalkan kepada pengguna (Hospital, farmasi, Klinik dan sebagainya).
  • Level C – Ditarik balik dari semua pemborong/pengedar produk.

Apa yang akan berlaku kepada produk yang ditarik balik?

Rekod-rekod dan informasi berkaitan penarikan balik produk akan dianalisa oleh pihak-pihak yang berwajib dan berkepentingan. Laporan akan dibentangkan kepada jawatankuasa khas dan keputusan terhadap produk yang ditarik balik akan dikeluarkan.

Produk akan dilupuskan sekiranya ia (produk, bungkusan, label dsb) mendatangkan risiko atau keraguan terhadap identiti, keselamatan atau kualiti produk. Proses pelupusan akan dilakukan dengan kehadiran wakil dari pihak berwajib.

Kesimpulan

Proses penarikan balik produk ini menunjukkan keseriusan dan komitmen Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memantau dan memastikan produk yang berada di dalam pasaran menepati standard kualiti yang ditetapkan. Keselamatan pengguna sentiasa menjadi keutamaan.

Proses ini hanya dapat dilakukan dengan berkesan ke atas produk yang berdaftar. Oleh itu, pilihlah produk yang berdaftar sahaja bagi memastikan ubat yang diterima oleh anda sentiasa dipantau dan tindakan yang sepatutnya dapat diambil apabila terdapat risiko terhadap pengguna.

Fahmi Hassan (F.H. Abad)

Pegawai Farmasi

#medicalmythbustersmalaysia

fb.com/fahmiabad

www.fahmihassan.net

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly