Return to site

Pesakit Tertipu; Produk Merawat Kencing Manis

Semalam saya telah berkongsi satu perbincangan bertajuk "Pesakit Tertipu; Produk Merawat Kencing Manis" di rancangan Selamat Pagi Malaysia.

Bagi yang tidak berkesempatan, saya kongsikan juga rakaman perbincangan tersebut.

Antara perkara penting yang ingin saya tekankan adalah:-

1. Jangan sesekali terpedaya dengan janji manis penjual. Mereka hanya menjual harapan palsu dengan memanipulasi perasaan pesakit yang mengharapkan keajaiban dan kesembuhan.

2. Rawatan terbaik adalah apa yang diberi oleh doktor samaada dari perubahan gaya hidup dan pemakanan atau ubat-ubatan.

3. Ubat-ubatan untuk rawatan kencing manis tidak menyebabkan kegagalan buah pinggang. Sebaliknya, kencing manis yang tidak terkawal akan menyebabkan kerosakan buah pinggang berlaku.

4. Sekiranya anda ada mengambil apa-apa produk, dapatkan nasihat dari ahli farmasi dan doktor tentang kesesuaian produk tersebut diambil.

5. Jangan percaya pada testimoni. Ia mudah direka oleh penjual dan tidak menjanjikan keberkesanan sesuatu produk.

Fahmi Hassan
Pegawai Farmasi
Medical Mythbusters Malaysia
 

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly