Return to site

Menangani Pembaziran Ubat

Rumusan wawancara Selamat Pagi Malaysia

  • Pembaziran ubat bukan sahaja mengakibatkan kerugian wang ringgit. Apa yang lebih dirisaukan adalah kehilangan nilai kesihatan pesakit. 
  • Ubat-ubatan yang banyak dibazirkan datang dari pelbagai kategori terutamanya ubat-ubatan penyakit tidak berjangkit seperti darah tinggi dan kencing manis. 
  • Setiap RM 1 yang dibayar pesakit untuk pendaftaran rawatan kecemasan, nilai ubat yang diterima adalah RM 5 ke RM 40 seminggu.
  • Setiap RM 5 yang dibayar untuk pendaftaran klinik pakar, nilai ubat yang diterima adalah sekitar RM 400.
  • Punca utama ubat berlebihan adalah pesakit tidak patuh pada rawatan, bertukar rejimen, pesakit meninggal dunia atau pesakit menerima rawatan dari beberapa klinik pada satu-satu masa. 
  • Pesakit digalakkan untuk berbincang dengan doktor atau ahli farmasi sekiranya mempunyai masalah atau kerisauan berkaitan rawatan yang diterima. Rawatan boleh disesuaikan dengan pesakit sekiranya ada isu kesan sampingan atau sebagainya. 
  • Ahli farmasi perlu mempelbagaikan cara untuk menanam sikap mementingkan kesihatan kepada pesakit. Teknik-teknik kaunseling yang lebih menarik perlu dilakukan.
  • Pesakit perlu faham bahawa sikap mematuhi rawatan bukanlah sesuatu yang menguntungkan perawat, sebaliknya ia akan menguntungkan pesakit sendiri. Nilai kesihatan yang baik tidak dapat diganti dengan wang ringgit. 
  • Sekiranya pesakit mempunyai ubat berlebihan di rumah, bawa bersama semua ubat tersebut sewaktu mengambil ubat di farmasi. Ubat akan dibekalkan secara 'top up' ke atas baki ubat sedia ada bagi mengelakkan pembaziran.
  • KKM juga memperkenalkan program 'Patients' Own Medicine' iaitu pesakit yang dimasukkan ke wad perlu membawa ubat-ubatan mereka di rumah. Ubat akan disemak dan digunakan di wad sekiranya masih bersesuaian. 
  • Kunci utama mengelakkan pembaziran ubat adalah dengan patuh kepada rawatan yang diberikan.

Fahmi Hassan (F. H. Abad)

Selamat Pagi Malaysia

19 Januari 2017

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly