Kebiasaannya, setiap kali doktor memulakan rawatan insulin kepada pesakit kencing manis, pesakit akan dirujuk kepada Pegawai Farmasi bagi sesi kaunseling penggunaan alat suntikan dan pengurusan masalah-masalah berkaitan ubat-ubatan pesakit. Sesi kaunseling ini dilakukan samada di wad ataupun di bilik kaunseling ubat-ubatan.

Pakcik Ahmad baru dirujuk oleh Doktor Fikri untuk diberikan kaunseling berkaitan penggunaan pen suntikan insulin. Pakcik Ahmad telah didiagnos sebagai pesakit kencing manis setahun yang lalu. Namun begitu, ubat-ubatan dalam bentuk tablet tidak banyak membantu dalam mengawal paras gula dalam darah beliau.

Pakcik Ahmad nampak sedikit takut. Encik Atif mula memainkan peranan untuk menenangkan dan memberi penerangan berkaitan pen suntikan insulin tersebut. Penerangan diberikan dengan santai dan tenang.

Encik Atif biasa menggunakan sebiji limau untuk menunjukkan demonstrasi bagaimana untuk menyuntik insulin di bahagian-bahagian tubuh. Insulin dimasukkan di dalam pen suntikan. Jarum dipasang. Dial di belakang pen diputar bagi menetapkan dos yang diperlukan.

“Pakcik tengok ni. Pegang pen tegak macam ni. Cucuk terus sampai jarum masuk semuanya. Lepas tu tekan belakang pen ni sampai habis”, kata Encik Atif sambil mencucuk pen suntikan tersebut di permukaan kulit limau.

Pakcik Ahmad nampak lega. Riak wajahnya menunjukkan dia amat yakin dan faham tentang cara penggunaan pen suntikan tersebut.

“Sekarang pakcik pula cuba buat”. Encik Atif menyerahkan pen suntikan dan buah limau tersebut kepada Pakcik Ahmad.

Pakcik Ahmad dengan yakin mengulangi langkah-langkah yang telah ditunjukkan oleh Encik Atif sebelum ini. Katrij insulin dimasukkan dengan betul ke dalam pen. Jarum dipasang dengan kemas. Dial juga dipusing dengan dos yang tepat. Kedudukan pen juga betul sebelum suntikan dilakukan dengan tenang.

“Sangat bagus pakcik, sekejap saja dah faham cara nak guna pen suntikan ini. Senang kerja saya kalau pesakit semua macam pakcik”, Encik Atif memuji.

“Itulah, mula-mula saya ingat susah sangat. Tapi lepas tengok suntik kat limau tu, senang saja rupanya”, balas Pakcik Ahmad.

Encik Atif tersenyum. Tak sia-sia teknik beliau mengajar menggunakan buah limau. Mudah pesakit nak faham.

“Pakcik ada apa-apa soalan lagi tak sebelum balik ni?” Tanya Encik Atif.

“Rasa faham dah semuanya. Cuma satu saja pakcik nak tanya. Kalau tak pakai limau, boleh tak pakcik guna buah lain untuk suntik?”, soal Pakcik Ahmad dengan serius.

“Pakcik suka lemon”

*kisah israiliyat ahli farmasi

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly