Kehadapan YB Nurul Izzah yang dikasihi,

Ganja, seperti mana morphine, bagi saya sepatutnya hanya dibenarkan penggunaannya apabila ia dalam bentuk ubat berdos.
Bukan tiada ubatan berasaskan ganja yang telah diluluskan penggunaannya. Contohnya sativex dan epidiolex.
Membenarkan penggunaan ganja dalam bentuk bahan mentah akan mempunyai implikasi sosial yang besar.
Menurutan laporan portal Coconuts KL, polis menemui 3.1 litre minyak mengandungi tetrahydrocannabinol atau THC, 1.4kg bahan mengandungi THC, dan 279g ganja semasa serbuan di rumah pesalah tersebut.
THC adalah bahan aktif yang menyebabkan kesan psikoaktif di dalam ganja. Bahan yang lebih banyak dikaji penggunaannya dalam bidang perubatan adalah CBD dan bukannya THC.
Malah di luar negara termasuk US, banyak yang membezakan terma medical marijuana hanya kepada bahan atau spesis yang mengandungi ratio CBD yang lebih tinggi berbanding THC. Ini kerana THC mudah disalahguna dan menyebabkan ketagihan.
Bagi negara yang meluluskan penggunaan marijuana untuk tujuan rekreasi, THC atau CBD tidak menjadi masalah. Namun begitu, tak semua yang diperjuangkan Barat perlu kita ikut. Contohnya LGBT.
Hampir seluruh dunia mengiktiraf perjuangan LGBT tapi kita tidak. Kerana kita tahu implikasi sosialnya dan kesannya terhadap masyarakat dan agama.
Begitu juga marijuana. Jika ia terbukti secara jelas, ia telah pun digunakan dalam perubatan seperti contoh yang saya beri pada awal tadi. Bukan sesuka hati dijual oleh sesiapa sahaja terutamanya mereka yang tiada latar belakang perubatan.
Fahmi Hassan
Pharmacist

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly