Return to site

KERJAYA AHLI FARMASI

Ahli farmasi secara umumnya dilihat oleh masyarakat sebagai mereka yang bertugas untuk membekalkan ubat-ubatan kepada pesakit. Namun begitu, sebenarnya banyak lagi bidang yang memerlukan kemahiran seorang ahli farmasi.

💊Di fasiliti kesihatan (hospital dan klinik kesihatan)
Ahli farmasi di fasiliti kesihatan bertugas untuk menyaring, mengisi dan mendispen ubat-ubatan kepada pesakit. Tugas ini memerlukan ketelitian yang tinggi bagi memastikan pesakit mendapat ubat yang betul tanpa sebarang kesilapan.
Mereka juga memberikan khidmat kaunseling ubat-ubatan kepada pesakit untuk meningkatkan keberkesanan dan tahap kepatuhan terhadap ubat-ubatan.
Ahli farmasi juga bertanggungjawab dalam proses pembelian dan urusan logistik ubat-ubatan di sesebuah fasiliti. Mereka perlu terlibat dalam memutuskan jenis ubat yang akan digunakan serta memilih rawatan yang paling kos efektif.
💊Di industri
Ahli farmasi yang bertugas di sektor industri farmaseutikal perlu memastikan ubatan yang dihasilkan menepati piawaian yang ditentukan. Ubat yang dihasilkan perlulah, selamat dan berkesan kepada pengguna.
Sebilangan mereka juga akan terlibat dalam kajian-kajian pelbagai peringkat dalam menghasilkan ubat-ubatan jenis baru untuk dipasarkan pada masa hadapan.
💊Di komuniti
Selain bertugas membekalkan ubat kepada pesakit, ahli farmasi komuniti mempunyai kepakaran untuk menguruskan rawatan bagi penyakit ringan seperti demam selsema dan gastritis.
Mereka mempunyai kemahiran untuk menilai tahap penyakit dan akan merujuk pesakit kepada doktor jika perlu. Selain itu, program khas seperti rawatan berhenti merokok, pengawalan berat badan dan sebagainya juga disediakan.
💊Di bidang latihan/pengajaran
Ahli farmasi bertugas memastikan kurikulum program farmasi sentiasa menepati keperluan terkini bidang kesihatan. Kolej-kolej yang menawarkan pengajian dalam bidang farmasi akan diaudit dan disemak dari masa ke semasa.
Mereka juga perlu melatih pegawai-pegawai baru bagi memastkan mereka layak untuk berkhidmat kepada masyarakat.
💊Lain-lain
Ahli farmasi juga berkhidmat dalam mempromosikan penggunaan ubat yang berasaskan bukti kajian saintifik yang berkualiti. Maklumat ini akan disebarkan kepada ahli profesional kesihatan pelbagai jawatan yang lain.
Mereka juga bertanggungjawab memastikan ubatan yang terdapat di pasaran Malaysia selamat. Urusan kemasukan ubat ke dalam negara dikawal ketat oleh ahli farmasi.
Selain itu, ahli farmasi juga terlibat secara langsung dalam merangka polisi dan undang-undang berkaitan kesihatan di negara ini.
Sebenarnya banyak lagi tugas ahli farmasi yang tidak disedari oleh masyarakat. Walau di mana pun ahli farmasi bertugas, tujuan akhir adalah untuk memastikan ubat yang diterima pesakit selamat, berkualiti dan berkesan
All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly