Return to site

KENAPA GUNA UBAT SINTETIK?

Ubat-ubatan yang paling awal digunakan adalah berasal dari sumber semula jadi seperti herba, pokok, akar, dan fungus. Sehingga pertengahan abad 1800, ubat-ubatan mula dihasilkan secara sintetik. Sehingga hari ini dianggarkan lebih kurang 30 % dari ubat-ubatan moden adalah berasal dari tumbuh-tumbuhan.

Kenapa sebenarnya ahli perubatan tidak guna sahaja tumbuh-tumbuhan untuk merawat pesakit? Kenapa perlu guna ubat-ubatan yang dihasilkan di makmal?

Ada beberapa sebab di mana penghasilan ubat-ubatan moden menggunakan teknologi terkini adalah penting untuk kesihatan umum. Di antaranya adalah:-

  1. Terdapat banyak bahan aktif di dalam sejenis tumbuh-tumbuhan. Bahan aktif yang diperlukan perlu dikenalpasti dan diasingkan bagi memastikani bahan aktif lain tidak mendatangkan kesan yang tak diingini. Kesan sampingan dapat dikurangkan dengan baik. 
  2. Kepekatan kandungan bahan aktif berbeza dari pokok ke pokok, kawasan tanaman, musim, nutrisi dalam tanah, dan pelbagai faktor lagi. Sebagai contoh, buah durian mempunyai rasa yang berbeza-beza mengikut jenis. Kadangkala buah dari satu pokok juga mempunyai rasa yang berbeza. Oleh itu, sukar untuk mendapat dos yang standard jika kita hanya bergantung kepada sumber semulajadi. 
  3. Industri tanaman semata-mata tidak mampu untuk menghasilkan ubat-ubatan dalam jumlah yang banyak bagi memenuhi permintaan pesakit di seluruh dunia. Ia akan jadi tidak kos-efektif dan bakal meningkatkan harga ubat-ubatan apabila permintaan melebihi kadar pengeluaran. 
  4. Kandungan bahan aktif akan turut dipengaruhi oleh cara ekstrak dilakukan. Saya pernah mengkaji bahan aktif beberapa jenis pokok menggunakan cara ekstrak yang berbeza. Menariknya setiap cara ekstrak menghasilkan bahan aktif yang berbeza kepekatannya. Oleh itu, jika industri bergantung kepada cara ini, amat mustahil untuk ahli sains menetapkan dos bagi setiap ubat kerana ia akan jadi berbeza mengikut pengeluar. 
  5. Tempoh luput bahan ekstrak amatlah singkat jika dibandingkan dengan ubat-ubatan uang dihasilkan di makmal. Pelbagai bahan lain perlu ditambah ke dalam ekstrak untuk menjadikannya stabil dan tidak dicemari oleh kuman. Ia akan menjadikan kos menghasilkannya bertambah tinggi. 

Cukuplah 5 sebab dahulu untuk kali ini. Ubat-ubatan dihasilkan di makmal bagi memastikan ia mendatangkan kesan yang spesifik, kualiti yang terjamin, mampu milik, dan boleh dihasilkan dalam kuantiti yang mencukupi.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly