Return to site

Kemoterapi tak Berguna?

Ramai pula yang kongsi status seorang wanita yang kehilangan adiknya akibat kanser. Melalui cerita tersebut nampak seolah-olah beliau kecewa dengan pilihan adiknya yang memilih untuk menjalani rawatan di hospital.

Salah satu isu yang dikatakan menyebabkan kematian adiknya adalah rawatan kemoterapi. Benarkah kemoterapi tidak bermanfaat kepada pesakit kanser?

Mengikut satu kajian meta analisis yang melibatkan 100,000 pesakit kanser payudara, rawatan menggunakan kemoterapi telah mengurangkan kadar kematian sebanyak 1/3.

Kanser adalah penyakit yang rumit dan rawatannya juga merupakan sesuatu yang rumit. Pada masa kini terdapat banyak kajian sednag dijalankan bagi mencari penawar yang terbaik bagi kanser.

Namun begitu, kemoterapi adalah pilihan yang terbaik dan terbukti setakat ini. Sekalipun mempunyai kesan sampingan yang agak teruk, ia telah dibuktikan dalam banyak kajian untuk merawat sesetengah jenis kanser.

Lihat garisan kuning pada graf. Bilangan pesakit yang menghidap kanser didapati terus meningkat dari tahun ke tahun. Namun begitu, kadar kematian akibat kanser mula menurun sejak tahun 1990 an.

Perkembangan perubatan kemoterapi menyumbang kepada penurunan kadar kematian ini. Penemuan ubatan jenis baru hasil dari kajian-kajian yang berkualiti memberikan sinar harapan untuk mendapatkan rawatan yang lebih berkesan dan kurang kesan sampingan pada masa hadapan.

Menolak atau melambatkan rawatan kemoterapi untuk kanser mungkin boleh mengancam nyawa pesakit. Oleh itu, berpada-padalah kita memberi nasihat dan harapan kepada pesakit terutamanya jika tidak mempunyai ilmu di dalam bidang tersebut.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly