Return to site

Kaunseling Ubat-Ubatan

Pendispensan ubat di kaunter farmasi merupakan satu tugas yang perlu dibuat dengan sempurna. Walaupun nampak mudah, ia sebenarnya memerlukan pengalaman dan ilmu yang mendalam. Selain memastikan tiada kesalahan pengubatan, Pegawai Farmasi juga perlu memastikan pesakit pulang dengan maklumat yang lengkap dan jelas.

Setiap pesakit memerlukan maklumat yang spesifik bergantung kepada jenis farmakoterapi dan kefahaman mereka terhadap ubat-ubatan. Perbincangan dan pemilihan maklumat bergantung kepada pertimbangan profesional anda sebagai seorang ahli farmasi.

Walaubagaimanapun, 15 maklumat ini boleh membantu anda dalam memilih perkara yang anda akan sampaikan kepada pesakit:-

  1. Nama generik ubat, nama brand, ubatan lain yang serupa dan juga kelas ubat sekiranya bersesuaian.
  2. Fungsi ubat, cara bertindak dan faedah yang dijangka. Ceritakan kepada pesakit samada ubat itu digunakan untuk merawat, mengawal atau mencegah sesuatu penyakit.
  3. Jangkamasa ubat bertindak dan apa perlu dilakukan sekiranya pesakit tidak mendapat kesan ubat yang diharapkan.
  4. Cara penggunaan, dos dan jadual pengambilan ubat.
  5. Arahan penyediaan dan penggunaan terutamanya bagi ubatan yang menggunakan alatan khas seperti pen insulin.
  6. Apa yang perlu pesakit lupakan sekiranya tertinggal satu atau beberapa dos.
  7. Perkara yang perlu diberi perhatian terutamanya dari segi kesan sampingan yang mungkin dihadapi.
  8. Cara untuk mengatasi kesan sampingan yang dihadapi dan bila perlu untuk mereka merujuk semula kepada doktor atau ahli farmasi.
  9. Teknik-teknik memantau keberkesanan rawatan.
  10. Risiko tindakbalas ubat-ubat, ubat-makanan atau ubat-penyakit yang boleh berlaku.
  11. Tarikh untuk mendapatkan bekalan ulangan dan cara untuk mendapatkan bekalan.
  12. Bagaimana untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai ubatan mereka. Bekalkan nombor telefon yang boleh dihubungi.
  13. Cara menyimpan ubat-ubatan dengan betul.
  14. Cara untuk menguruskan ubat-ubatan yang tidak digunakan atau telah tamat tempoh.
  15. Maklumat lain yang unik kepada pesakit-pesakit tertentu.

Maklumat-maklumat ini dapat membantu anda memberi informasi yang lengkap kepada pesakit berkenaan rawatan ubat-ubatan mereka.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly