Return to site

Ilmu Mustalah Dalil Saintifik

 

Bahagian pertama

Ok, ni adalah perbincangan yang santai dan berkemungkinan untuk jadi mengarut. Sebabnya perkara ini merupakan sesuatu yang saya ilhamkan sendiri. Apa yang bakal saya bincangkan ni bukan sesuatu yang kukuh tetapi cuma berdasarkan pemahaman saya sendiri sahaja. Kawan-kawan yang berminat dijemput untuk komen n kritik.

Sekarang ni kalau kita lihat banyak isu kekeliruan berkenaan perubatan di kalangan masyarakat awam. Apa yang mengecewakan, fakta-fakta perubatan telah dicelarukan dan dikaitkan dengan agama. Saya memandang perkara ini sebagai sesuatu yang tidak betul kerana pengkaitan ini melanggar disiplin-disiplin ilmu yang digunapakai.

Oleh isu seperti vaksinisasi, ubatan moden, ganja dan sebagainya sering dikaitkan dengan agama, saya cuba untuk membuat perbandingan ataupun pencerahan berkaitan bukti saintifik dan juga peringkat ilmu hadis. Saya berpendapat masyarakat lebih banyak terdedah dengan klasifikasi hadis. Oleh yang demikian, perbandingan dalil-dalil perubatan dan klasifikasi hadis diharapkan lebih mudah difahami oleh orang awam.

Secara amnya, taraf hadis boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat mengikut kesahihan atau kekuatannya:-
1. Hadis Sahih
2. Hadis Hasan
3. Hadis Dhaif
4. Hadis Maudhu’

Pengkelasan ini adalah pengkelasan dalam bentuk umum untuk memudahkan pemahaman. Di dalam bidang saintifik (perubatan klinikal), tahap kekuatan sesuatu bukti saintifik itu jika dibandingkan dengan klasifikasi hadis tersebut adalah:-
1. Meta Analysis (MA)
2. Randomized Clinical Trials (RCT)
3. Observational Study (OS)
4. Expert’s Opinion

Perlu diingatkan bahawa dalam hal agama, hadis Maudhu’ ditolak penggunaannya manakala bagi dalil saintifik, expert’s opinion diterima di dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Penggunaan bukti-bukti yang sahih adalah penting dalam bidang perubatan dan agama. Bezanya apabila anda minta dalil dalam bidang sains, anda tidak akan digelar wahabi. hahaha

Bersambung..

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly