Digoxin - Foxglove (kegagalan jantung)

Morphine - Opium (tahan sakit)

Vincristine - Vinca Rosea (anti kanser -kemoterapi)

Aspirin - Pokok Willow (anti radang)

Paclitaxel - Pokok Pacific Yew (anti kanser -kemoterapi)

Papain - Betik (anti radang)

Semua ubat-ubatan di atas dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya hampir 25% dari ubat-ubatan ‘moden’ adalah berasal dari sumber semulajadi.

Kalau orang kata lepas ni asalkan tumbuhan itu selamat, cuba tengok ubat anti kanser yang berasal dari tumbuhan. Yakin tak untuk rebus sendiri pokok Vinca Rosea dan minum air rebusan?

Yang membezakan sesuatu bahan itu selamat atau tidak adalah DOS. Jadi sebelum sesuatu bahan diiktiraf untuk digunakan sebagai rawatan penyakit, perlu ada kajian tentang DOS yang berkesan untuk merawat penyakit, dan DOS yang selamat untuk manusia.

Kajian makmal mungkin boleh tunjukkan sesuatu bahan tu boleh merawat kanser atau sebagainya, namun belum tentu dos yang perlu digunakan sesuai untuk manusia.

Yang menentukan sesuatu bahan itu selamat bukannya sumbernya samaada sintetik atau semulajadi, tapi DOS. Kalau DOS pun tak ada yang valid, macam mana nak kata ganja boleh ubati kanser?

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly