Itu merupakan tajuk ceramah saya pagi tadi berkaitan produk kesmetik. Mungkin mereka yang hadir tadir kecewa kerana penceramah tidak cantik seperti tajuk. Saya beritahu mereka, saya bukan yang cantik, saya padah.

Di antara 'take home message' dalam ceramah tadi yang saya boleh kongsi adalah:

1. Gunakan produk kosmetik bernotifikasi. Semak status produk di laman web www.npra.gov.my sebelum membeli.

2. Produk kosmetik hanya boleh digunakan di bahagian luaran tubuh manusia (kulit, rambut, kuku, bibir, organ genital luaran, gigi & rongga mulut). Selain dari itu, ia bukan produk kosmetik.

3. Fungsi produk kosmetik hanyalah:-
- membersih
- mewangi
- memperbaiki atau mencantikkan
- menghilangkan bau badan
- memelihara atau menjaga

4. Produk kosmetik tidak boleh mempunyai tuntutan kesihatan seperti memperbaiki fungsi seksual, menghilang sakit dll.

5. Kosmetik hanya boleh mengandungi bahan yang dibenarkan sahaja. Antara bahan berbahaya yang sering dicampur ke dalam produk kosmetik adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

6. Jauhi produk yang menjanjikan kesan dalam jangka masa singkat terutamanya pencerah kulit. Produk dikhuatiri mengandungi bahan berbahaya.

7. Di antara kesan sampingan yang mungkin dialami adalah merah dan radang pada kulit, kulit menjadi sensitif kepada matahari dan menyebabkan bintik hitam pada wajah.

8. Suntikan Vitamin C tidak pernah didaftarkan untuk digunakan dengan tujuan kosmetik di Malaysia. Ia memudaratkan dan salah di sisi undang-undang.

9. Pilih produk dari sumber yang diyakini. Elakkan beli secara atas talian atau di kaki lima.

10. Sekiranya terjumpa produk yang disyaki mengandungi bahan berbahaya, buat aduan ke pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly