Return to site

Budak Maut Termakan Ubat

Semalam negara dikejutkan dengan kes yang amat memilukan. Seorang kanak-kanak maut setelah termakan 6 biji pil milik datuknya yang disyaki ubat darah tinggi kerana disangkakan gula-gula.

Kes kemalangan seperti ini yang melibatkan kanak-kanak sebenarnya bukan kali pertama berlaku. Amat menyedihkan kerana perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mengambil berat tentangcara simpanan ubat-ubatan yang selamat.

Oleh yang demikian, saya ingin mengingatkan semula kepada semua tips-tips yang boleh digunakan bagi memastikan ubat-ubatan tidak mudah diakses oleh kanak-kanak.

1. Simpan ubat-ubatan di tempat yang tidak boleh dilihat oleh kanak-kanak. Sesetengah ubat mempunyai bungkusan, bentuk dan warna yang mungkin boleh menarik perhatian kanak-kanak.

2. Gunakan kabinet atau peti yang berkunci. Namun begitu, hati-hati dengan semangat ingin tahu kanak-kanak. Mereka mungkin curiga dan ingin merasa apa yang anda sorok.

3. Simpan ubat di dalam bekas asal. Pastikan label ubat jelas kelihatan.

4. Simpan ubat di dalam bekas atau bungkusan yang sukar untuk dibuka oleh kanak-kanak. Tidak semua jenis ubat dibekalkan dalam botol yang mempunyai penutup child-resistant.

5. Elakkan dari menipu kanak-kanak ketika memberi ubat dengan mengatakan ia adalah gula-gula atau vitamin. Kanak-kanak mungkin menyangka ubat anda juga adalah gula-gula yang boleh dimakan.

6. Jangan simpan ubatan anda bersama dengan tempat simpanan makanan, samada di dalam peti sejuk, rak atau kabinet.

Semoga sedikit tips ini dapat sama-sama dipraktikkan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berulang di masa hadapan.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly