Return to site

Beza HERBA dan PRODUK HERBA

Kebiasaannya para penjual produk berasaskan herba akan membuat kenyataan bahawa herba yang digunakan telah dikaji dan dibuktikan berkesan dan selamat kepada pengguna. Adakah pernyataan ini benar?

Produk herba belum tentu akan mendatangkan kesan yang sama seperti herba yang dikaji. Ini kerana, proses penyediaan ekstrak dalam sesuatu ujikaji belum tentu sama dengan proses penghasilan produk. Penggunaan larutan yang berbeza, sumber dan umur tumbuhan, tambahan agen penstabil dalam produk sudah pasti akan mendatangkan interaksi dan mempengaruhi kesan produk.

Oleh itu, jangan marah bila ramai yang meminta bukti keberkesanan PRODUK anda. Pengeluar ramai memberikan kajian ke atas HERBA dan bukannya kajian ke atas PRODUK.

Selain itu, terdapat juga produk yang mempunyai campuran pelbagai jenis herba di dalam satu sediaan. Sudah pasti terdapat tindakbalas di antara herba-herba tersebut. ‘Herb-herb interactions’ merupakan satu yang biasa terjadi dan banyak didokumentasikan di dalam artikel di jurnal-jurnal. Interaksi ini berkemungkinan menyebabkan produk tidak berkesan atau mungkin juga mendatangkan mudarat kepada pengguna.

Tindakan memandang enteng kajian ke atas PRODUK ini merupakan satu sikap yang tidak bertanggungjawab. Lebih-lebih lagi sekiranya pengeluar produk meletakkan bermacam-macam tuntutan kesihatan seolah-olah itulah ubat paling ajaib yang pernah dicipta.

Pesanan kepada penjual, janganlah marah apabila diminta mendatangkan bukti. Ya, banyak herba yang diuji dalam keadaan terkawal menunjukkan manfaat yang baik. Namun begitu adakah anda yakin kualiti penyediaan produk anda sama dengan apa yang dilakukan semasa kajian dilakukan?

Harap artikel ringkas ini dapat memberi sedikit pencerahan mengenai perbezaan di antara HERBA dan PRODUK HERBA.

Fahmi Hassan (F. H. Abad)
Pegawai Farmasi
fb.com/fahmihassan

Add paragraph text here.

All Posts
×

Almost done…

We just sent you an email. Please click the link in the email to confirm your subscription!

OKSubscriptions powered by Strikingly